Soalan Lazim
—Topik umum
- Pembangunan Aplikasi Autipecs – Alat bantu intervensi percakapan untuk ibu bapa penjaga anak autisma
- Pembangunan Aplikasi Atas Talian Pemetaan Kerja untuk pelatih PDK Sri Satok
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO), Program PDK didefinisikan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, pemulihan atau penyamaaan peluang dan integrasi Orang Kurang Upaya (OKU). Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan secara langsung daripada masyarakat, komuniti yang aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dan disokong oleh Perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.
Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Sri Satok ialah sebuah pusat latihan untuk individu kelainan upaya (berkeperluan khas). Ditubuhkan pada bulan Julai 2015 dan beroperasi secara penuh bermula bulan September 2015, PDK Satok dibiayai oleh Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) sepenuhnya sebelum dirasmikan sebagai sebuah badan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 13 April 2016.
PDK Sri Satok telah berdaftar secara rasminya sebagai sebuah Pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2018.
- Menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kelainan upaya
- Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
- Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam komuniti
- Mengurangkan penempatan jangka panjang di institusi pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti
- Menyediakan peluang untuk OKU membangun dan menggunakan kemahiran yang ada pada diri OKU
- Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan yang mesra OKU
Program PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian. Program dibuka kepada semua OKU atau sebarang jenis ketidakupayaan dan menerima semua peringkat umur. Pendekatan yang dilakukan adalah melalui kerjasama bersepadu dari pelbagai sektor dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan serta kemudahan yang diperlukan. PDK juga merupakan salah satu alternative kepada pemulihan dalam komuniti (PDK).
PDK menjalani pemulihan / latihan kepada OKU yang dikategorikan kepada 7 jenis iaitu :-
- Masalah Pembelajaran
- Pendengaran
- Penglihatan
- Pertuturan
- Fizikal
- Mental
- Pelbagai